Bekas vokalis Exists ditahan lagi kerana disyaki memiliki dadah dalam dompet

Posted on Monday, September 09, 2019 | 9/09/2019



Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat, 41, ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu. 

Mamat ditahan bersama seorang lagi rakannya berikutan penemuan satu paket dadah dalam dompet Mamat, pada jam 11.30 malam Ahad di Taman Perling, Johor Bahru. 

Dua suspek ditahan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang sebuah motosikal Yamaha LC 135. 

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 192 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. 

Sementara itu, penganjur konsert Exists Reunion terkejut dengan berita tersebut. 

Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, konsert Reunion Exists akan diadakan pada 28 September di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura. 

Pihaknya menerima pelbagai mesej dan panggilan yang bertanyakan mengenai status konsert tersebut. Namun, Shirazdeen berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya membuat keputusan mengenai konsert tersebut. 

"Konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut ketetapannya," katanya. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 9/09/2019

0 comments:

Loading...