BSHR Masuk Pada Hari Isnin, Semak Keputusan Permohonan


Wow! Untungnya korang yang layak dapat duit esok tu. Duit apa tu gais? Aha, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kan dah umumkan yang pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH akan mula diberikan pada esok kepada 220,000 orang penerima yang membuat rayuan.

Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta dan untuk korang yang layak, boleh terus semak akaun bank masing-masing yang korang guna masa daftar hari tu.

Sejumlah RM4.2 bilion telah disalurkan bagi keseluruhan fasa bayaran BSH 2019 termasuk rayuan kepada hampir 3.9 juta isi rumah yang diluluskan. Ia turut mengambil kira bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima empat orang anak yang melibatkan hampir 3.6 juta anak penerima BSH. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun ke bawah dan juga anak OKU (orang kurang upaya) tanpa had umur, katanya.

Jadi, Ohmedia hanya dapat pesan gunalah duit ini untuk keperluan ok. Selamat berbelanja.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media