Ini 5 Sebab Suami Tidak Boleh Complaint Lagi Bila Isteri Ajak Keluar Shoping

Posted on Saturday, September 07, 2019 | 9/07/2019



'SHOPPING', bila dengar jer perkataan ni, korang rasa siapa yang akan melompat gembira? Tak payah tanyalahkan, suami-suami kat luar sana mesti tahu yang isteri akan terasa nikmatnya bila dapat pergi membeli-belah walaupun kadang-kadang tu barang yang dibeli bukan untuk keperluan dirinya.

Jadi, takde apa sebenarnya untuk dipelikkan, sebab memang menjadi lumrah seorang wanita yang sukakan perkara yang cantik dan lengkap walaupun bagi lelaki ia bukanlah suatu yang penting. Tapi inilah tugas wanita, lagi-lagi bila bergelar isteri, mereka tidak akan berhenti memikirkan perihal susun atur perabot, barang kelengkapan rumah, keperluan anak-anak dan banyak lagi.

Ohmedia tahu mesti ramai suami kat luar sana yang selalu merungut bila isteri ajak keluar shoping, maklumlah malas nak jalan sana sini dan masuk setiap kedai. Jadi, meh sini Ohmedia kongsikan 5 sebab kenapa suami tak boleh complaint lagi kalau isteri ajak shoping.

1. Menjadi Tanggungjawab Suami

Rasanya semua tahu yang telah menjadi tanggungjawab kita sebagai suami untuk memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri. Tanggungjawab ini telahpun dipersetujui semasa selesainya lafaz ijab dan kabul. Banyak atau sedikit pemberian itu, bergantung kepada pendapat si suami, tetapi tetap perlu berusaha dan bekerja keras untuk melengkapinya walaupun mungkin isteri juga bekerja.


2. Suami Akan Bertambah Rezeki

Ohmedia selalu perasan, bila bertambahnya tanggungjawab seseorang suami seperti menerima cahaya mata, mesti akan datang rezeki yang tidak diduga seperti kenaikan pangkat atau gaji. Jadi, tidak salah sekiranya kira membelanjakan untuk insan tersayang, tidak kiralah untuk isteri, anak-anak, mak dan ayah, mentua atau orang lain. Lagipun, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita akan menerima.


3. Mampu Menjadi Terapi Untuk Isteri

Apa pekerjaan seorang isteri? Cuba kita fikir dan bayangkan sejenak tugas dan kerja isteri kita. Ini Ohmedia bayangkan isteri yang bekerja yang selepas penat dengan tugasan kerja di pejabat, pulang ke rumah perlu uruskan anak, memasak, mengemas, membasuh dan melayan pula suami. Jadi, tak salah jika diambil sedikit masa untuk menggembirakan hati isteri kesayangan.

Ohmedia pasti, mesti ramai suami diluar sana selalu memberikan reward kepada isteri. Walaupun hanya membawanya makan makanan kegemarannya, sudah cukup untuk membuatkan hati si isteri berbunga. Untuk korang yang tak pernah cuba tu, try lah bagi reward sekarang.


4. Isteri Menteri Kewangan Paling Hebat

Aha, siapa boleh nafikan perkara ini? Cakaplah macam mana pun, sedar ataupun tidak, kebanyakan isteri diluar sana pasti akan menguruskan segala perbelanjaan daripada soal duit belanja sekolah anak-anak, barang dapur, duit simpanan, dan banyak lagilah. Semuanya ini pasti akan diatur baik oleh isteri supaya wang perbelanjaan mencukupi setiap bulan.

Jadi, suami tak perlulah serabutkan kepala lagi memikirkan semua ini dan bila isteri ajak beli barang, pergi sahajalah. Sebab mereka pasti telah mengatur strategi untuk membeli barang yang ada diskaun. Tapi kalau dapat isteri yang boros tu, Ohmedia syorkan berhati-hati ok.


5. Gembirakan Isteri Akan Peroleh Pahala

Ikhlaskan lah hati sebab ia sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai suami untuk gembirakan hati dia. Mungkin bukan dengan shoping sahaja mampu memberikan kegembiraan. Jadi, berilah ruang kepada isteri untuk bercerita dan tanyalah apa permintaannya. Jika boleh ditunaikan, cubalah untuk berikan yang terbaik.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Geekz


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/07/2019

0 comments:

Loading...