Jual Mykad, Enam Pegawai JPN Didakwa!

Posted on Thursday, September 12, 2019 | 9/12/2019


Gambar sumber dari Sinar Harian
Mengenai isu seorang rakyat China yang mendapat taraf warganegara Malaysia, hari ini seramai enam orang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang didakwa menjual MyKad sebanyak 32 pertuduhan melibatkan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran kepada warga asing.

Namun tidak dapat dipastikan bahawa penahanan ini berkaitan dengan isu seorang rakyat China yang tular dimedia sosial. Dipetik dari Sinar Harian, Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, 34 menghadapi 11 pertuduhan iaitu dua pertuduhan mengikut Seksyen 26 E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Kesemua pegawai yang ditahan didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebelum ini susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/12/2019

0 comments:

Loading...