"Kalau Boleh, Saya Nak Kurangkan Bercakap Mengenai Soal Peribadi" - Ruhainies


Sepertimana yang korang tahu sebelum ni banyak betul kisah Ruhainies dan teman lelakinya, Mr. E kan? Kalau korang perasan kalau berita pasal Ruhainies je mesti berkait dengan Mr.E. Tambah pula kontroversi baru-baru ni!




Alaa kontroversi yang Mr.E suap nasi kandar guna pinggan dalam kereta Ferrari tu. Sekarang ni Ruhainies macam nak kurangkan bercakap hal peribadi bersama Mr. E dan lebih fokuskan kepada karier.

Kalau boleh, saya nak kurangkan bercakap mengenai soal peribadi. Selepas ini, saya mahu lebihkan bercakap soal karier. Sejujurnya, saya sedar kisah hubungan cinta saya lebih diperkatakan berbanding cerita berkaitan kerjaya. Bila orang tanya saya mengenai kisah peribadi, terutamanya pihak wartawan, memang saya akan jawab. Bukan saya yang cari, mereka yang bertanya. Saya hanya menjawab dan faham dengan niat mereka. Tetapi, jika ada netizen yang bertanya di laman sosial, memang saya tak 'reply' persoalan mereka.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Public








Sumber: Oh! Media