Lee Tuck semakin geram, tak senang duduk

Posted on Tuesday, September 10, 2019 | 9/10/2019



PEMAIN Terengganu FC (TFC), Lee Tuck mendedahkan dia berasa 'panas' dan tidak senang duduk melihat persembahan cemerlang pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh ketika Malaysia menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Malah pemain berdarah campuran England-Malaysia itu mengakui dua jaringan pemain kelahiran Gambia itu membuatkannya tidak sabar untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

"Sumareh sangat hebat, dia bermain dengan sepenuh hati, semua pemain percaya padanya dan sekali lagi dia dapat memberikan impak kepada corak permainan pasukan Malaysia ketika dibawa masuk pada hujung babak pertama.

"Saya suka dan inginkan corak permainan sebegini jika saya berjaya menyarung jersi skuad Malaysia.

“Saya tidak sabar untuk mewakili Malaysia, siapa tahu suatu hari nanti saya dapat menyarung jersi skuad ini (Malaysia) dan beraksi bersama Sumareh," kata Tuck.

Sebelum ini nama pemain yang dilahirkan di Halifax, England itu menjadi sebutan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berminat untuk menggunakan khidmatnya, namun disebabkan belum mengemukakan dokumen rasmi mengesahkan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menyebabkan ia tertangguh sehingga kin - Harian Metro
Blog, Updated at: 9/10/2019

0 comments:

Loading...