MK K-Clique Dipeluk & DiciumPeminat Buatkan Ramai Orang Tak Puas Hati

Posted on Monday, September 30, 2019 | 9/30/2019



Wahai kamu wanita, tolonglah jaga sikit perangai tu. Ohmedia maksudkan tentang sikap gadis yang menggedik dalam video yang tersebar di twitter baru-baru ni apabila mereka telah mengambil kesempatan memeluk dan mencium penyanyi rap ML daripada kumpulan K-Clique.

Tindakan gadis gedik ini ternyata telah dikecam ramai pengguna media sosial dan ini umpama gangguan seksual. Cuma kali ini gangguan seksual ini dilakukan oleh wanita kepada lelaki. Tapi itulah, kalau lelaki yang buat gangguan seksual ni, mesti dah lama kena tibai kan.

Kejadian ini difahamkan berlaku sebaik sahaja ML tamat persembahan pentas dan turun dari pentas untuk bergambar bersama peminatnya. Tapi, bila dilihat dari video ni, MK sendiri pun nampak sangat terkejut dan tak selesa bila gadis tu cium pipi. Korang selesa tak?


Tapi, dalam satu laporan mStar Online, gadis berkenaan dikatakan telah menghubungi pihak pengurusan MK dan membuat permohonan maaf setelah bertindak diluar kawalan. Tapi apa yang Ohmedia tertarik dengan kata-kata dia adalah, gadis berkenaan meminta supaya perkara ini tidam dikatakan lagi kerana mencium bukanlah sesuatu yang serius.

Bagi Ohmedia, walau seminat manapun kita dengan seseorang, jagalah batas kita dan jangan biasakan perkara yang tidak seharusnya berlaku,


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/30/2019

0 comments:

Loading...