MKTS Peluang Rakyat Bertemu Pemimpin

Dr Alias (tiga dari kiri) membuat gimik perasmian disakikan oleh Ustaz Kamaruzaman (kanan) Ustaz Ridzuan (dua dari kiri) dan Mohd Fazil.
KUALA NERUS, 27 September- Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) 2019 Padang Bola Taman Perumahan Telaga Daing Seberang Takir di sini diadakan bertujuan memberi peluang rakyat bertemu mata dengan kepimpinan kerajaan negeri.

Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Sejahtera (i-MiTS) berkata, MKTS yang julung kali diadakan itu juga bertujuan supaya rakyat mengambil manfaat dari penyertaan pelbagai jabatan kerajaan dalam karnival tersebut.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian mini karnival itu semalam.
Seorang pengunjung MKTS Kuala Nerus (dua dari kiri) menerima hadiah cabutan bertuah dari Dr Alias (dua dari kanan)
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, kesihatan dan alam sekitar negeri, Dr Alias Razak merasmikan program tersebut.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.

Program yang dianjurkan oleh i-MiTS itu bermula semalam dan akan berakhir Sabtu ini.
Dr Alias menyampaikan ucapan peramian MKTS Kuala Nerus.
Pelbagai acara menarik disediakan termasuk Pertandingan Kacau Bubur Asyura melibatkan 80 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parlimen Kuala Nerus, Ceramah oleh Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus dan cabutan bertuah.

Dijangka MKTS itu akan dihadiri oleh 10,000 pengunjung bagi menyaksikan pelbagai acara yang dianjurkan oleh i-MiTS.

Turut serta membuka 'booth' pameran, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain.

Lebih dari 10 buah 'booth' jualan dibuka oleh peniaga termasuk Soup Kedah, pakaian muslimah, minyak wangi, pelbagai makanan dan minuman.



Sumber: teganukita.net