Rizman Nordin Mengalirkan Air Mata Selepas Ijab Kabul


Tempoh hari kecoh di media sosial selepas gambar mejlis meraikan hari bujang pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin tersebar akibat kek yang disediakan oleh rakannya menyerupai bentuk buah dada wanita.

Tapi, pagi tadi Rizman dan pasangannya Nurida Suraya telah sah bergelar suami isteri. Majlis yang diadakan di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh teman-teman rapat dan rakan selebriti.


Rizman dan isteri memilih untuk berbulan madu sebaik sahaja selesai majlis resepsi ketiga nanti. Nurida Suraya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan wanita itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu setelah mengenal hati budi masing-masing selama satu tahun.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media