Senyum besar dapat kahwin dua serentak


Viral di media sosial mengenai seorang lelaki berkahwin dengan dua wanita secara serentak untuk hidup berpoligami. 

Gambar-gambar persandingan mereka yang dimuat naik oleh sepupu pengantin lelaki, Jimmy Jim, mengundang pelbagai reaksi netizen yang. 

"Selamat pengantin baru, pecah rekod keluarga. Sekali kahwin terus dua bini. Tahniah sepupuku. Apa bilang P. Ramlee, jarang-jarang," tulisnya di Facebook. 

Difahamkan, majlis perkahwinan itu berlangsung pada 27 September lalu di Kampung Pukas, Semporna, Sabah. 








Pengantin lelaki itu sebelum ini sudah bertunang dengan seorang daripada gadis terbabit di Kota Kinabalu sebelum mengenali dan bercinta pula dengan seorang lagi gadis ketika berpindah tempat kerja di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna. 

Gadis berkenaan mengajak lelaki itu untuk berkahwinan dan dalam pada masa yang sama, tunangnya turut menggesanya berbuat perkara yang sama sebelum kedua-dua gadis itu berkahwin serentak dengan lelaki terbabit. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengucapkan tahniah dan menyifatkan apa yang berlaku itu ada rezeki lelaki itu bersama dua gadis berkenaan. Netizen turut mendoakan perkahwinan mereka berbahagia sampai akhir hayat. 



Sumber : thereporter.my