Seorang Budak Nazak, Kulit Kepala, Tangan Dan Punggung Dibuang Angkara Sekumpulan Kaki Buli!

Posted on Friday, September 06, 2019 | 9/06/2019


Gambar hiasan dari Unsplash
Masih ingat kisah arwah Zulfarhan Othman? Seorang pelajar UPNM yang dibuli oleh rakan sekadet sehingga mati? Lagi kes buli berlaku, cuma ceritanya sedikit berbeza. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Ukraine melibatkan seorang budak dengan sekumpulan kaki buli.

Gambar sumber dari DailyMail
Budak berkenaan mengalami 35% lecur dibadan akibat dibakar oleh sekumpulan pembuli yang lebih tua darinya dari sekolahnya ketika budak berkenaan sedang bermain ditaman permainan berhampiran rumahnya.

Menurut laporan, budak berkenaan disimbah dengan petrol terlebih dahulu sebelum pemetik api dinyalakan, membakar baju yang dipakai oleh budak berkenaan menyebabkan dia menggelupur, menjerit kesakitan lalu terjatuh ke tanah sambil diketawakan suspek.

Gambar sumber dari DailyMail
Harian Metro memtik dari Daily Mail yang melaporkan, budak berkenaan ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menjalani beberapa pembedahan dan doktor terpaksa membuang kulit rosak dari bahagian kepala, tangan serta punggung. Budak berkenaan dilaporkan masih kritikal walaupun sudah 10 hari.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/06/2019

0 comments:

Loading...