13 Buah Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Posted on Wednesday, October 30, 2019 | 10/30/2019


Gambar Hiasan


Awal pagi tadi, sebanyak 13  buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Cina di Benta, Kuala Lipis. Mujur dikatakan semua terselamat dan takda seorang pon yang tercedera.

Kira-kira sekitar jam 1.05 pagi tadi, kebakaran berjaya dipadamkan oleh pihak bomba yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Dikatakan sebanyak tiga jentera bomba, dua van Perkhidmatan Penyelamat dan Perawat Kecemasan (EMRS) dan sebuah jentera tangki air serta 20 orang anggota bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Punca berlaku kebakaran dan kerugian yang dialam masih dalam siasatan.

Sumber : Bernama




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube!




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/30/2019

0 comments:

Loading...