Bapa rakam dirinya rogol & liwat anak kandung OKU

Posted on Sunday, October 06, 2019 | 10/06/2019



Seorang pemandu lori mengaku bersalah di atas pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan merakam adegan seksnya dengan anak kandung berusia 12 tahun yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran. 

Tertuduh berusia 41 tahun itu mengaku bersalah di atas empat pertuduhan tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Marang pada jam 11 pagi 20 September lalu dan mengulangi perbuatan itu di beranda rumah kira-kira jam 5 pagi keesokan hari. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan. 

Lelaki itu juga didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap mangsa di sebuah rumah di Marang pada jam 11 pagi 20 September lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan bakal dipenjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Selain itu, tertuduh turut didakwat menghasilkan video pornografi menggunakan telefon bimbit mangsa pada masa, tarikh dan tempat sama ketika meliwat mangsa. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan dikenakan tidak kurang dari enam sebatan jika sabit kesalahan. 

Hakim Jamaludin Mat menetapkan 8 Oktober ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman. 

Difahamkan, isteri tertuduh melihat rakaman video lucah suami dengan anaknya itu di telefon bimbit tertuduh. 

Dalam masa yang sama, anaknya mengadu sakit di bahagian kemaluan lalu dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan, Marang sebelum mangsa disahkan telah dirogol dan dilwat. 

Susulan kejadian itu, ibu mangsa terus membuat laporan polis terhadap suaminya untuk tindakan lanjut. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/06/2019

0 comments:

Loading...