Cina Himpun Kata Hak, Melayu Himpun Kata Rasis, Ridhuan Tee

Posted on Monday, October 07, 2019 | 10/07/2019



Semalam baru sahaja selesai Kongres Maruah Melayu yang dihadiri dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tapi seperti biasa pasti akan ada mereka yang tidak senang duduk dengan apa yang berlaku semalam.

Perkara ini juga diluahkan oleh pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah yang menempelak sikap kumpulan ultra kiasu yang mempersolkan kehadiran individu-individu tertentu ke kongras ini. Ridhuan Tee menyatakan rasa hairannya apabila Cina ultra kiasu boleh berkumpul dalam perhimpunan Cina dan menyatakan bahawa itu adalah hak mereka, manakala untuk melayu sebaliknya berlaku.


Ini yang dikatakan bodoh yang tak boleh diajar. Biar orang Melayu nak hadir perhimpunan sesama mereka dan berbincang tentang hak-hak mereka yang semakin terhakis. Apa pasal kamu ultra kiasu sakit punggung? Peliknya, ultra kiasu boleh pula berhimpun dan berbincang sebebas-bebasnya, sehingga kadang kala menyentuh perkara sensitif. Boleh pula? kata Ridhuan Tee.

Seblum ini memang banyak wakil dari DAP yang bersuara, contohnya dari Charles Santiago Ahli Parlimen Klang, menyifatkan kehadiran Tun M merasmikan kogres itu bukanlah waktu yang terbaik dan menlihat Perdana Menteri mestilah memihak kepada semua rakyat Malaysia dan bukan hanya Melayu.

Tidak kurang juga dengan Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker yang melihat kehadiran Tun M akan memburukkan lagi hubungan antara kaum di negara.

Ini respon Dr Ridhuan Tee

Cuba perhatikan berapa kali menteri dan timbalan menteri ultra kiasu berucap dalam perhimpunan NGO Cina Dong Jiao Zong, menggunakan bahasa Cina, kain rentang dalam bahasa Cina. Pendek kata, semuanya Cina. Ini tidak rasis ke komunis? China komunis, berhimpun dalam kalangan mereka, Perdana Menteri India berhimpun bersama orang India, tidak pula kamu kata rasis. Sudahlah ultra kiasu, jika beginilah perangai kamu, pergilah ke negara China dan bincanglah hak-hak kamu disana. Nak tengok sejauh mana kamu boleh bincang. Jika beginilah perangainya, jika ada calon ultra kiasu yang bertanding di kawasan majoriti Melayu, maka ia wajar ditolak. Saya juga harap PM tidak akan tunduk dengan tekanan ultra kiasu, katanya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/07/2019

0 comments:

Loading...