Cuba Cabar KKM Berhubung Larangan Merokok, 7 Individu Tewas Teruk!

Posted on Thursday, October 31, 2019 | 10/31/2019



Apa khabar perokok semua? Masih bawa pita pengukur bila lepak mamak atau tidak? Maklumlah, Ohmedia tengok sekarang ni semua perokok dah berani  hisap rokok dekat dalam restoran dan meja makan semula.

Korang ingat tak dengan 7 orang individu yang nak cabar Kementerian Kesihatan dan bawa perkara ini ke mahkamah berhubung larangan merokok? Sekarang pihak mahkamah telahpun keluarkan keputusan dan Mahkamah Tinggi putuskan bahawa dakwaan perokok berhubung hak mereka terhakis adalah tidak berasas.

Laporan ini dinaikkan oleh Harian Metro dan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya telah meneliti semua dokumen dan hujah kedua-dua pihak dan beliau berpuas hati bahawa tindakan Kementerian Kesihatan itu tidak melanggar sebarang Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.


Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad turut memberi respon terhadap perkara ini dan menzahirkan terima kasihnya kepada warga KKM yang berusaha untuk pertahankan polisi Larangan Merokok di tempat makan awam.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/31/2019

0 comments:

Loading...