Kelab Junior Usrah Berentap Pancing

Posted on Monday, October 28, 2019 | 10/28/2019



Oleh: Aminji

KEMAMAN, 28 Oktober - Kelab Junior Usrah yang ditubuhkan oleh Pemuda PAS Cawangan Kampung Pasir Minal berjaya menganjurkan pertandingan memancing kanak-kanak bawah umur 13 tahun baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Kampung Pasir Minal, Sayed Hamzah Syed Zukifli berkata, kelab yang dianggotai tujuh orang ahli jawatankuasa yang berumur antara 9 hingga 13 tahun ini diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk melatih kanak-kanak  menguruskan gerak kerja secara berkumpulan.

"Mereka didedahkan dengan cara bermesyuarat, cara melaksanakan kerja dan mengendalikan program dengan lancar. Ini adalah sebagai satu persediaan untuk mempersiapkan mereka sebagai pelapis kepada Pemuda pada masa akan datang.


"Semoga penubuhan Kelab Junior Usrah ini dapat memberikan satu pengalaman baru kepada anak-anak kita dan dapat melatih mereka untuk menjadi pelapis yang hebat untuk generasi akan datang", katanya ketika dihubungi pemberita baru-baru ini.

Pertandingan memancing yang dianjurkan tersebut mendapat sambutan kanak-kanak setempat apabila lebih 20 peserta memeriahkan pertandingan.


Program yang berakhir dengan acara penyampaian hadiah ini berlangsung meriah apabila ibu bapa turut hadir menyaksikan gelagat anak-anak mereka.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 10/28/2019

0 comments:

Loading...