Kerajaan umum bantuan subsidi petrol RM30 & RM12 setiap empat bulan sekali untuk penerima BSH yang layak


Berita baik. Kerajaan mengumumkan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan 1,600cc ke bawah dan kereta melebihi 1,600cc yang berjangka hayat 10 tahun dan ke atas adalah layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi penerima BSH yang mempunyai motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun dan ke atas juga layak menerima PSP. 

Kadar subsidi yang dipersetujui adalah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal yang membabitkan seramai 2.86 juta penerima. 

PSP akan dilaksanakan pada Januari 2020 dan harga petrol RON95 akan diapungkan dan harga akan diselaraskan secara beransur-ansur. 

Difahamkan, PSP ini akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali. 

Jumlah tanggungan subsidi ini adalah sebanyak R65.4 juta sebulan. 

Sementara itu bagi penduduk Sabah dan Sarawak serta Labuan, harga RON95 kekal RM2.08, sekali gus tidak layak menerima PSP. 

Katanya, prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama dan penggubalan dasar berpandukan data yang diperoleh daripada data asas BSH dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Untuk maklumat lanjut mengenai PSP, boleh layari laman web psps.kpdnhep.gov.my. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my