Kurangkan Beban Untuk Membuat Cahaya Mata

Posted on Saturday, October 12, 2019 | 10/12/2019



Dipetik daripada Berita Harian, Cadangan membenarkan pencarum menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pasangan-pasangan yang sudah lama berkahwin yang masih belum bergelar ibu bapa untuk menjalani rawatan kesuburan seperti persenyawaan rahim atau 'in-vitro fertilisatiion'(IVF).

Zainuddin Osman yang berumur 51 tahun serta bergelar seorang bapa selepas berkahwin selama 12 tahun mengatakan bahawa cadangan dalam Belanjawan 2020 itu adalah berita baik kerana telah menyedari bahawa menjalani rawatan kesuburan ini membabitkan kos yang sangat tinggi. Zainuddin dan isteri dikurniakan seorang anak perempuan yang sekarangnya telah berumur 7 tahun selepas menjalani rawatan kesuburan ini di Yayasan Fertiliti Azizah (TAFF).

Berdasarkan pengalamannya, ada pasangan diluar sana bekerja keras hanya untuk menjalani rawatan kesuburan ini, namun bukan semua rawatan yang telah dibuat akan membuahkan hasil. Semuanya bergantung pada rezeki masing-masing.

Dengan kebenaran mengeluarkan KWSP, semua pasangan boleh meningkatkan peluang mereka mendapatkan anak apabila mencuba rawatan ini di usia muda. Jadi, KWSP akan membuka kategori pengeluaran baru iaitu rawatan kesuburan seperti IVF yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewagan, Lim Guan Eng di Belanjawan 2020.

Sumber : Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!








Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/12/2019

0 comments:

Loading...