Mangsa Maut Selepas Kereta Yang Dinaiki Rempuh Pokok

Sumber Gambar : Berita Harian


Awal pagi tadi, satu kemalangan telah berlaku di Jalan Tanah Merah yang mengakibatkan dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah pokok.

Pihak bomba mendapat berita tersebut kira-kira jam 2.44 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di lokasi pada jam 2.51 pagi. Proton Satria Neo yang dinaiki oleh Mohd Irfan Rosli dan Mohd Aswat Mokhtar yang kedua-duanya berumur 23 tahun dikatakan meninggal di tempat kejadian. 

Dikatakan pihak bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa-mangsa dari kereta, kedua-duanya tersepit di tempat duduk masing-masing. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber : Berita Harian


+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube!




Sumber: Oh! Media