MK K-Clique Berikan Penghargaan Kepada Ibunya


Ohmedia tengok macam ramai lagi yang acah tak kenal MK ni, padahal korang layan jer lagu-lagu diaorang ni. MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan ni merupakan ahli kumpulan K-Clique dan terbaru, Ohmedia perasan yang pengikutnya di Instagram telahpun mencecah 1 juta followers.

MK yang baru sahaja berumur 23 tahun ini telah menarik ramai peminat dengan gaya rapnya yang tersendiri dan dalam meraikan 1 juta followers ini, MK telah menunjukkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada semua perminat yang sentiasa bersamanya. MK juga memberikan penghargaan kepada ibu tercinta.

Alhamdulillah untuk cinta dan sokongan yang saya dan K-Clique terima daripada semua. Untuk ma, saya berharap ma tersenyum memberitahu pada semua orang yang saya anak lelaki ma, tulisnya.


Sebelum ini MK juga telah menunjukkan gelagat comelnya yang menelefon ibunya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media