'Nasib baik detect awal, kalau tak..' - Paru-paru dijangkiti fungus selepas 2 minggu hisap vape


Bagi mereka yang mahu berhenti merokok dan beralih kepada rokok elektronik atau vape, ada baiknya anda fikir semula sebelum meneruskan niat itu. 

Ini kerana vape juga boleh memudaratkan anda. Contoh kes seperti yang berlaku pada lelaki ini mengalami masalah paru-paru. Sedangkan pesakit baru saja menghisap vape sejak dua minggu. 

Menurut Adlina Mansor, pada awalnya, abangnya dimasukkan ke hospital kerana penyakit denggi. Namun selepas pulih, doktor mengesan tompokan putih melekat di paru-parunya yang mengundang masalah paru-paru.

"So abang saya dimasukkan ke hospital sebab penyakit denggi. Selepas penyakit denggi dah okey, rupanya ada pula penyakit lain, lungs infection due to vape. 

"Dia baru mula menghisap vape dua minggu lepas. Niat nak berhenti merokok tetapi masalah lain pula yang terjadi. Doktor kata paru-paru dia macam naik fungus-fungus gitu. Get well soon brother.


"Dia kata vape dia vape water base ke apa. Dia ambil yang water base sebab nak berhenti dari nikotin ke apa tah dan kawan dia kata vape ada dua jenis nikotin and water base (kot). Sebab kawan dia vape yang nikotin okey. Apa pun, no vapelah apa semua. 

"...bila saya dengar doktor kata paru-paru dia selepas discan macam ada tompok-tompok putih melekat di paru-paru, dan doktor kata kena cuci, ya agak scary mendengarnya," tulisnya dalam perkongsian di Twitter. 

Ada banyak lagi cara untuk berhenti merokok tanpa perlu menggunakan sebarang produk. Apa yang penting ialah, niat untuk berhenti itu perlulah ditekadkan dan disiplinkan diri anda untuk menjauhi rokok.



Sumber : thereporter.my