Pertandingan Perut Buncit Bakal Diadakan Di Sabah


Ewah-ewah! Ohmedia tak sangka pula boleh ada pertandingan macam ni. Macam mana nak masuk ya? Haa, mungkin korang selalu dengan pertandingan abang sado, badan ketak-ketak, tapi kali ni buat julung kalinya satu pertandingan perut buncit akan dipertandingkan di Sabah.

Jadi untuk korang yang rasa ada perut buncit paling padu tu, boleh lah turut serta. Sempat lagi tu daftar sebab pertandingan ni akan diadakan 1 Disember nanti, bertempat di Kompleks Sukan Beaufort, Sabah. Syarat untuk menang simple je Ohmedia tengok, diaorang akan pilih berdasarkan kepada saiz pinggang paling besar dan ia terbuka kepada orang lelaki berusia sekurang-kurangnya 30 tahun.

Bagus juga sebenarnya bila ada pertandingan perut buncit ni, sekurang-kurangnya ada lah juga penghargaan untuk kami yang buncit, asyik abang sado jer, hehe. Jadi korang yang ada suami perut boroi tu, patut berbangga ok.

Haa, penganjut kata yang hadiah wang tunai pun lumayan di mana juara RM400, tempat kedua RM300, ketiga RM200 dan hadiah saguhati sebanyak RM50.

Sumber: MalayMail

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media