Pilot tak tahan bau durian, pesawat terpaksa berpatah balik

Posted on Thursday, October 10, 2019 | 10/10/2019



Juruterbang pesawat Air Canada Rouge terpaksa berpatah balik dan memakai topeng oksigen selepas menyedari terdapat bau pelik di dalam pesawat. 

Pesawat itu terpaksa berpatah balik selepas kru pesawat tidak dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan itu dalam kejadian yang berlaku pada 17 September lalu. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada (TSB), pesawat Boeing 767 itu dijadualkan berlepas dari Vancouver ke Montreal. 

Namun ketika berada di ketinggian 7,000 kaki, bau busuk itu mula memenuhi ruang kabin. 

Kru pesawat cuba menghilangkan bau tersebut tetapi gagal berbuat demikian dan juruterbang terpaksa membuat panggilan kecemasan 'Pan Pan' (kecemasan tahap kedua yang tidak membahayakan nyawa). 

Pesawat yang membawa 245 penumpang dan 8 anak kapal itu terpaksa berpatah balik ke Vancouver, 37 minit selepas berlepas. Juruterbang juga terpaksa memakai topeng oksigen. 

TSB mendedahkan, bau busuk tersebut adalah bau buah durian. Meskipun bau buah itu digemari sesetengah orang, tetapi baunya dianggap busuk bagi mereka yang tidak biasa dengannya. 

Sumber: The Sun


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/10/2019

0 comments:

Loading...