red ONE penaja Terengganu FC musim 2020


Kuala Terengganu: Terengganu FC hari ini menerima penajaan daripada red ONE mobile untuk musim 2020, majlis menandatangani penajaan telah berlangsung sebentar tadi.

Walaubagaimanapun jumlah penajaan tidak dinyatakan, dan pihak red ONE memberi bayangan mereka akan menaja dalam jangka panjang.

red ONE yang sebelum ini pernah menaja pasukan Kelantan FA dan Selangor FA, bagaimanapun menyatakan penajaan ke atas Terengganu FC untuk membantu anak muda yang menyokong pasukan TFC melalui program keusahawanan yang akan dilaksanakan kelak.

Timbalan Presiden PBSNT, menyeru kepada peminat dan penyokong sama-sama memberi sokongan kepada penaja-penaja seperti red ONE supaya ada kesinambungan dalam arena bola sepak.

Mengulas lanjut mengenai Kipre Tchetche dan Thierry Chanta Bin, beliau memaklumkan sebenarnya PBSNT sudah membuat tawaran sudah lama, maklum balas yang diterima seolah-olah Kipre Tchetche seperti sudah mempunyai pilihan bersama pasukan lain manakala Thierry Chanta Bin tiada dalam perancangan bagi musim 2020.

Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan, seperti yang diberitahu sebelum ini semasa di Kongres, bagi pemilihan pemain diserahkan sepenuhnya kepada barisan kejurulatihan.

Tanggapan yang salah dikalangan peminat dan penyokong apabila menganggap persatuan masuk campur dalam pemilihan pemain, beliau memaklumkan "tanggungjawab kita (PBSNT) di peringkat persatuan dalam menjaga kebajikan pemain sebaik mungkin dalam seluruh aspek."

PBSNT meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada jurulatih Nafuzi Zain dalam perancangan pemilihan pemain.