Rokok Seludup Dirampas Berjumlah RM4 Juta

Posted on Saturday, October 26, 2019 | 10/26/2019


Gambar Hiasan


Polis membuat rampasan rokok seludup sebanyak 21,650 karton rokok dianggarkan berjumlah RM4 juta setelah menahan tiga orang lelaki di Sungai Buloh. 

Dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia berusia antara 21 hingga 45 tahun dikatakan telah menjalankan kegiatan itu disekitar Lembah Klang. Anggaran rokok selepas cukai yang telah dirampas itu didapati sebanyak RM3,637,200 dan turut juga disita empat buah lori bernilai RM170,00 untuk membantu siasatan.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan dan direman selama empat hari.
Sumber : Berita Harian


+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/26/2019

0 comments:

Loading...