"Saya Perlu Menjaga Nama Baik Saya Dan Keluarga Yang Tidak Bersalah" - Suami Lufya Omar

Posted on Monday, October 07, 2019 | 10/07/2019



Nampaknya drama diantara penyanyi dan pelakon iaitu Lufya Omar dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum masih belum selesai lagi gais. Kali ni suami dia pula buat report polis terhadap isterinya sebab membuat tuduhan yang sangat keterlaluan.


Alamak, apa dah jadi ni? Walau bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan. Kita tak boleh lah dengar sebelah pihak je, betul tak? So, kita tunggu jelah penjelasan daripada pihak sebelah lagi.

Sis doakan agar mereka berdua boleh menyelesaikan masalah ni secepat mungkin dan dipermudahkan segala urusan. Amin. Kalau korang nak tahu diorang ni sebenarnya dah ada anak sorang yang bernama Laura Haura berusia 2 tahun.

Saya menafikan semua tuduhan yang dibuatnya. Malah saya juga telah membuat laporan polis yang disertakan dengan butiran bukti kukuh pada minggu lalu. Kes tersebut masih dalam penyiasatan dan biarlah pihak berkuasa yang melakukan siasatan," katanya dalam sebuah kenyataan media. Ini kerana tuduhan yang dibuat olehnya begitu keterlaluan dan saya perlu menjaga nama baik saya dan keluarga yang tidak bersalah selain imej sebagai seorang doktor serta penjawat awam. Kita tunggu sahaja keputusan pihak polis dan saya sebolehnya mahu ia diselesaikan cara baik, lebih rasional dan mengikut saluran yang betul. Jika perlu, saya akan bersedia untuk ke tengah dan saya turut berharap agar netizen mendoakan yang baik-baik ketika ini. Biarlah kami mampu untuk selesaikan perkara ini dengan cara yang betul.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/07/2019

0 comments:

Loading...