Saya Tak Bodoh Agama - Haneesya Hanee

Posted on Friday, October 11, 2019 | 10/11/2019



"Saya tak bodoh agama dan saya tak akan memperlekehkan agama saya sendiri". Itulah apa yang dikatakan oleh pelakon dan model baru Haneesya Hanee apabila gambarnya menggayakan tudung tanpa pakaian yang melihatkan bahagian pehanya tersebar baru-baru ini.

Ohmedia pun tak faham kenapa kalau tak 'bodoh', perkara macam ni boleh berlaku? Tapi, dari apa yang dikatakan oleh Haneesya, dia telah dikenakan oleh pemilik produk apabila mereka melanggar janji yang telah ditetapkan. Haneesya juga kesal kerana pemilik produk telah berkongsi kesuluran foto berkenaan dan tidak mengikut apa yang telah dibincangkan.

Saya diberitahu gambar yang diambil cuma separuh dan sekadar nampak skarf. Itu saja tapi saya tak sangka gambar itu adalah gambar penuh. Sedangkan masa penggambaran saya dah ingatkan mereka supaya tidak merakam foto saya dalam keadaan seksi apatah lagi muat naik di laman sosial, jelas Haneesya kepada pemberita mStar Online.

Jadi, Haneesya katanya berasa terkilan kerana dirinya tidak wajar dipersalahkan kerana gambar itu dikeluarkan dan diviralkan oleh pihak lain tanpa izinnya.

Bagi saya pula, saya dah cuba terbaik untuk pastikan gambar itu dihapuskan bukan kerana saya takutkan kecaman tapi saya tahu gambar macam tu tak patut dikongsi di media sosial kerana boleh menyebabkan kemarahan orang. Jadi, tak wajar ada pihak nak tuduh saya mempermainkan agama, saya tak jahil sampai tahap tu lagi, katanya lagi.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/11/2019

0 comments:

Loading...