Seramai 12 Suspek Pukul Adib Akan Dipanggil Jika Ada Bukti

Posted on Wednesday, October 02, 2019 | 10/02/2019



Minggu lepas seluruh rakyat Malaysia akhirnya telah mendapat berita gembira apabila keputsan Inkues Adib telah dikeluarkan dan didapati punca kamatian anggoba bomba Muhamad Adib Mohd assim adalah disebabkan dipukul oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

Bagaimanapun, hari ini seramai 12 individu yang pernah dipanggil untuk siasatan sebelum ini dikatakan akan dipanggil semula untuk memberikan keterangan baharu.

Siasatan terhadap kes itu tidak pernah ditutup dan kekal disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Jika ada keterangan baharu menyokong pembabitan 12 individu itu, kita akan panggil mereka semula, jadi tiada isu mereka mahu melarikan diri ke luar negara. Sebelum ini mereka dibebaskan dengan jaminan polis, dan boleh dipanggil jika ada bukti lain menyokong pembabitan, kata Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Sebelum ini ada ura-ura mengatakan suspek kes ini telah tiada di dalam negara dan mungkin telah pergi ke Australia dan bekerja sebagai pemetik buah di sana.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/02/2019

0 comments:

Loading...