Simpan Bom Tangan Dalam Kereta?

Posted on Friday, October 25, 2019 | 10/25/2019


Gambar Hiasan


Di persimpangan empat lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) semalam, pihak polis menahan dua orang lelaki dan seorang perempuan bersama sebutir bom tangan dalam sebuah kereta. Suspek lelaki berumur 33 tahun dan 19 tahun serta suspek perempuan berumur 57 tahun itu di tahan kira-kira pada 12 tengah hari semalam.

Dikatakan suspek bertindak agresif semasa pihak polis menghampiri kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam yang dinaiki mereka sebelum ditahan. Pihak polis juga menemui dua parang dan dua kayu rotan di bahagian but kereta selain satu objek yang dipercayai bom tangan yang dijumpai dibawah kerusi pemandu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan atau Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah mengambil objek yang dipercayai bom tangan itu dan telah diletupkan di satu kawasan lapang di ladang kelapa sawit. Kes disiasat mengikut

Sumber : Bernama




+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/25/2019

0 comments:

Loading...