(Video) 'Mangsa memang 50-50 masa tu' - Penunggang motosikal kemalangan, baju hujan tersangkut di tayar


Viral di media sosial sejak semalam klip video seorang penunggang motosikal kemalangan selepas baju hujannya tersangkut pada tayar motosikal. 

Menurut Fatin Khalidah Mohamad Kholim berkata, kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri dan dia memuat naik video itu di Facebooknya untuk dijadikan sebagai peringatan kepada semua penunggang motosikal agar berhati-hati. 

PENGAJARAN DI SEBALIK MUSIBAH ORANG LAIN

Hari ini nak share accident yang terjadi live di depan mata kami semalam. Tujuan post ini dibuat adalah sebagai peringatan dan diambil ikhtibar atas apa yang berlaku. 

Dalam video ini boleh nampak baju jaket yang dipakai mangsa menjadi potential threat/fatal pada mangsa, tersangkut dan menyebabkan mangsa hilang kawalan. 

Jaket tersangkut pada tayar motosikal dan membeli leher mangsa menyebabkan saluran pernafasannya tersekat. 


Mangsa nampak memang dalam keadaan 50-50 semasa suami dan pakcik itu datang menolong. Mangsa sedar selepas beberapa minit kemudian berkat bantuan dari orang awam yang melakukan CPR. Alhamdulillah ramai rakyat Malaysia yang prihatin. Ramai sangat yang berhenti tolong payungkan. 

Ambulans sampai beberapa minit selepas kejadian dan mangsa dikejarkan ke hospital. 


Berdasarkan apa yang saya saksikan sendiri semalam, how mangsa struggle. Boleh dikatakan pakai jaket/raincoat backward atau ke belakang tanpa dizip boleh membahayakan nyawa anda! 

Jangan lupa baca doa setiap kali memulakan perjalanan. Alhamdulillah Allah lindung kami sekeluarga berkat baca doa setiap kali kereta mula bergerak. 

Kalau motosikal itu terpelanting pada kereta kami, pun tak tahu lagi apa nasib kami. Syukur pada Allah juga kerana izinkan kereta kami berhenti, tak terlanggar mangsa walaupun struggle husband kawal kereta pada masa itu. 

Mujur pada masa kejadian, suami yang drive dan cepat-cepat keluar membantu mangsa. Hayyan Anaqi pun duduk dalam carseat dia pada masa itu. Kalau terjadi pada diri sendiri dan seorang-seorang, dengan kalut dna berdebar, jadi blank tak tahu nak buat apa. 


So kepada family dan kawan-kawan yang menggunakan motosikal ke tempat kerja atau ke mana-mana, pakailah baju hujan/jaket itu denga betul. Malang tak berbau, sekelip mata saja boleh terjadi. 

Semoga Allah melindungi perjalanan kita semua sekeluarga walau kemana jua destinasi dituju. Semoga mangsa selamat dan dikurniakan kesembuhan secepatnya oleh Allah. Amin ya rabb. 

PENAFIAN: Video tidak berniat mengaibkan, hanya untuk diambil sebagai pengajaran. 



Sumber : thereporter.my