6 penjaga ditahan kerana biarkan anak main basikal lajak di jalan raya pada jam 8.51 malam

Posted on Tuesday, November 12, 2019 | 11/12/2019



Polis menahan enam penjaga selepas anak mereka terbabit dalam aktiviti basikal lajak di Taman Kosas, Ampang, semalam. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof berkata, pihaknya mengambil keterangan dari enam penjaga berkenaan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis. 

Penjaga yang ditahan itu daripada pelbagai latar belakang, antaranya pengawal keselamatan, peniaga dan penyelia hotel.

Noor Azmi berkata, mereka ditahan kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan dan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. 

Akta berkenaan memperuntukkan hukuman dendan tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun ada kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. 

Terdahulu, polis menahan enam remaja berusia 11 hingga 16 tahun (dua remaja 15 & 16 tahun tidak bersekolah) yang didapati menunggang basikal lajak di jalan raya pada jam 8.15 malam sebelum dibawa ke Balai Polis Trafik Pandan Indah. 

Mereka kemudian disaman dan diserahkan kepada penjaga masing-masing dan basikal remaja terbabit disita. 

Siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/12/2019

0 comments:

Loading...