Adik Beradik 10 & 11 Tahun Didakwa Bakar 11 Buah Rumah & 1 Kedai Sebab Suka Tengok Bomba Datang Padam Api

Posted on Thursday, November 21, 2019 | 11/21/2019



Siri kebakaran yang berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lalu akhirnya terjawab apabila pihak polis telah memanggil dua orang kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun dan juga merupakan adik beradik bagi membantu siasatan.

Tangkapan ini selepas, rumah mereka juga terbakar dalam kejadian terbaru dan hasil dari siasatan dengan saksi yang lain.


Ada juga yang mengatakan bahawa kanak-kanak ini sengaja membakar rumah berikutan seronok melihat anggota bomba datang ke lokasi dan memadam kebakaran rumah di kampung itu.

Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan. Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. - kata Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli.


Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Sinar Harian sebelum ini, sebanyak 11 buah rumah dan satu kedai di Kampung yang sama telah terbakar sejak Jun dan kebakaran ini turut berlaku sebelum Aidiladha yang melibatkan tiga unit rumah sewa dan satu rumah kedai.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/21/2019

0 comments:

Loading...