'Ambil anak, tengok muka berbirat' - Ibu bapa buat laporan polis terhadap pengasuh yang disyaki mendera bayi


Hendak mendapatkan khidmat pengasuh ini bukanlah semudah yang disangka. Ia seperti menyerahkan kepada orang lain untuk menjaga anak kita dengan baik. Jika pengasuh yang diupah menjaga anak dengan baik, Alhamdulillah syukur. Jika sebaliknya? Pelbagai kecederaan boleh berlaku termasuklah anak boleh maut di tangan mereka yang tidak jujur dalam bekerja. 

Seorang bayi perempuan dilaporkan mengalami lebam di bahagian muka, disyaki didera oleh pengasuh sehingga meninggalkan kesan ketara di bahagian pipi. 

Mangsa telah dijaga oleh pengasuh itu sejak beberapa bulan lalu dan pengasuh berkenaan menegaskan dia mempunyai pengalaman selama 18 tahun  dan mempunyai sijil. 

Segala bermula dengan baik pada bulan pertama. sehinggalah bulan kedua dan seterusnya, segalanya berubah apabila mangsa mengalami lebam-lebam di bahagian muka.

KRONOLOGI PENGASUH LUFYA DALEESHA

Pertama, nak cerita pasal mula-mula nak dapatkan babysitter (BS) sebelum masuk kerja. 

Saya dapat BS ini dari Kelab Babysitter Kuala Lumpur & Selangor. Pada malam itu, saya start text dia (BS), tanya semua pasal anak dan BS tu. BS itu sendiri mengaku yang dia sudah 18 tahun pengalaman mengasuh, ada sijil dan kalau boleh nak limat jaga anak tu dua orang sahaja kalau keluarga dia tak kisah, katanya.

Enam hari selepas mencari BS selain dia, saya dan mak pergi ke rumah BS ini untuk suai kenal. Kami turut bawa si Lufya. Selepas habis berbincang dan kami tetapkan untuk hantar Lufya selepas 9 September 2019, sebab masih cuti dan nak hantar mak balik kampung. BS terima dan minta bayar awal bulan, mungkin bimbang parents tak jujur. So saya bayar siap-siap awal bulan itu. Tapi baby belum dihantar lagi tau. 

Masa pertama kali hantar baby Lufya, terkejut ramai sangat anak asuhan yang BS jaga, lebih dari lapan orang. BS cakap, ramai yang transit baby, ada tiga orang termasuk Lufya. 

Bulan pertama hantar, memang tak susah hati lagi walaupun bulan pertama itu hanya hantar selama 8 hari dan kami masih bayar penuh sebab kami sangat percaya pada BS ini. 

Bulan kedua, saya dan suami mula rasa tak sedap hati bila hantar Lufya. Bila letak Lufya dalam car seat je menyebek nak menangis. Asal balik dari rumah BS, matanya bengkak seperti baru lepas menangis dalam tempoh lama.

Naluri ibu bapa ini kuat. Jujur saya sebagai ibu tahu anak saya macam mana dan dia bukan jenis high demand gila-gila pun. Dia sangat mudah dijaga. 

Saya kerja syif, jadi kalau hantar pagi jam 10 pagi, saya akan mandikan Lufya siap-siap dan kalau hantar jam 2 petang, sepatutnya kena ambil jam 10 malam. Tetapi selama hantar Lufya kepada BS, satu hari sahaja kami pernah tinggal Lufya sampai jam 10 malam. Itu pun sebab saya syif petang dan suami pula ada operasi pada waktu itu. Tetapi masih sama, hantar 11 hari bayar full. 

Pernah sehari itu saya bertanya kepada BS, kenapa dengan leher Lufya seperti ada lebam, digigit semut ke? Tetapi BS cakap itu tahi lalat. Namun selepas tiga hari, 'tahi lalat' itu pula hilang. 

Selepas daripada bertanya perkara itu, pergi ambil Lufya. BS nak naikkan harga upah. Tak terkejut pun sebab tahu dia jaga sebab nak duit. Saya berbincang dengan suami keesokan harinya dan kami bersetuju untuk bayar seperti yang BS pinta. Sambil itu saya juga cuba mencari BS yang lain di dalam group yang sama. 

Masuk bulan ketiga, 12 November 2019, saya sepatutnya kerja petang tetapi hantar anak awal sebab nak ke rumah anak-anak yatim di Ampang (aktivis di sana). Saya sempat text BS sebab nak hantar anak awal. Sampai depan rumah BS jam 10.30 pagi. Bagi salam lima kali gais, tak dijawab tetapi dengar budak-budak gelak main-mainan. Call baru BS sedar, rupanya dia tidur. Pastu letakkan Lufya baik-baik dekat tilam dia sebab mata dia dah nak tidur.

Dalam perjalanan nak ke Ampang itu, dalam hati ini memang gundah gulana. Siap beritahu suami suruh cari BS lain. 

Jam 6 petang, suami pergi ambil Lufya dan tengok muka anak berbirat. Suami tanya, BS kata dicakar oleh anak asuhan lain. Suami ambil beg Lufya dan terus keluar dari rumah BS. Suami sempat hantar gambar keadaan Lufya. 




Hati ibu mana tak runtun tengok muka anak sampai jadi begini. Bila tanya BS, dia suruh kita pula pergi selesaikan dengan mak budak asuhan (budak perempuan) yang cakar Lufya itu. Ya Allah, mana tanggungjawab awak sebagai BS? 

Mak budak itu ada call saya untuk minta maaf semua. Padahal bukan salah dia, anak dia pun entah betul ke tidak pukul Lufya sebab anak dia baru berusia 11 tahun 6 bulan. 

Keesokan hari, saya dan suami pergi jumpa BS dan niat kami memang nak tahu cerita sebenar. Sebab waktu ibu budak (Sue) yang kononnya BS cakap dia cakar Lufya itu ada call dan beritahu saya, BS cakap anak dia telah tampar Lufya. Nampak tak dah bercanggah di situ? Kami pergi dan kebetulan Sue pun ada situ, kami bersembang secara profesional. 

Pada awalnya BS minta maaf sambil mengalirkan air mata dan Sue sekali lagi meminta maaf. Untuk pengetahuan semua, Sue follow up saya pasal kes Lufya ini pada malam kejadian tersebut dan BS hanya buat keras saja. Macam bukan salah dia walaupun sebenarnya dia dah cuai. 

Suami tanya kkm, katanya ada. Kami suami isteri tanya baik-baik dan still tak percaya. Pada awalnya dia cakap dengan saya, Lufya kena cakar. Dengan Sue pula, dia cakap anak Sue tampar dan berdepan dengan BS sendiri dia cakap anak kena permainan Lego. Dan yang paling terkini suami dia cakap anak asuhan lain jatuh dan tertampar Lufya. 

Ya Rabb, mana satu yang betulnya Ya Allah. Kalau mereka benar, saya pasti jawapan akan jadi sama. Tetapi kenapa mesti lain-lain? BS siap tanya apa feedback, still nak hantar atau tak. Keputusan saya memang tidak dan kami datang untuk ambil tilam dan barang-barang Lufya. 

Dalam kami berbincang dan nak tahu cerita itu, saya luahkan semuanya pada BS yang pada awalnya dia dah menipu saya dan dia kata anak asuhan dia hanya anak saya dan anak Sue sahaja. Selebihnya lapan orang lagi adalah anak asuhan ibu dia yang berumur 50-an. Korang percaya? Saya tidak kisah dia nak jaga berapa orang pun tetapi mampukah dia? 

Suami beritahu semalam pergi HKL, doktor tak check lagi dah cakap itu adalah kesan penampar. Tetapi dalam surat doktor cakap Lufya disyaki didera. Mereka ada juga tanya masih nak buat report ke. Saya keluarkan surat report yang dibuat oleh suami semalam dari beg dan tunjukkan kepada mereka dan sekarang hanya menunggu pihak polis menjalankan tugas. 

Waktu ini, muka resah BS memang nampak. Lufya sampai tertidur di pangkuan ayahnya sambil menunggu kami berdebat. Dah tanya tetapi masih jawab benda lain. Jadi kami berangkat sebab nak jumpa IO pada jam 10. Saya sempat salam dan berterima kasih dengan BS. 

Dan sekarang saya dapat tahu, BS cakap saya lempang dia di balai. Dia beri saya RM1,200 (untuk apa?). Dia kena tidur di balai dalam keadaan preggy (bila masa dia preggy? Tak nampak perut). 

Dan yang 'paling baik', saya hina perkerjaan BS dia. Kerja saya pun tak perfect, mana mahu saya nak hina kerja orang? Ya Allah, patut ke BS ini jaga anak korang? Dia dalam tekanan, kesian budak-budak yang dia asuh sekarang. Harap diorang tak ada apa-apa. 

Kenyataan kat atas itu semuanya tidak betul. pada masa ini IO tak inform apa-apa, takkan diorang terus sergah je? Kalau ikutkan nak lempang, dari first day Lufya kena tu dia dah kena teruk. Tapi saya tahu undang-undang, saya respect lagi pada dia sebab dia tua dari saya. 

Korang yang berada di kawasan Wangsa Maju, Taman Desa Setapak, Keramat semua, kalau nak ambil BS tanya kawan dulu atau ahli keluarga yang kenali dulu. Jangan ambil yang tak kenal tanpa selidik dahulu. 

Sekarang saya kena, harap tiada lagi kes seperti ini berlaku. Saya tak nak mention Facebook dia tetap nama BS Linda/Hasrinda, duduk di Taman Desa Setapak. Korang berhati-hati. 

Sumber: Fatin Zulhaq


Sumber : thereporter.my