Cubaan Claim Air Ikat Tepi Asal Amerika Latin Terima Reaksi Pantas Netizen

Posted on Wednesday, November 06, 2019 | 11/06/2019



Kita selalu dengan yang negara jiran kita, Indonesia akan menjadi yang pertama untuk claim apa sahaja yang ada di Malaysia jika ianya ada di negara mereka. Tapi kali ni rare sikit, sebab bukan mereka yang claim, tetapi mat saleh pun nak claim sesuatu dari Malaysia. Apa agaknya yang diorang nak claim ni?

Aha, sudah jadi kebiasaan rakyat Malaysia dan negara Asia sebenarnya untuk order air di restoran mahupun mamak dengan sebutan air ikat tepi ataupun air mangkuk. Bukan apa, orang ramai lebih gemar air yang ada di dalam plastik ni, sebab kuantiti air yang lebih banyak berbanding air di dalam cawan, selain lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Tapi, seorang wartawan dari California iaitu Mike Elgan ternyata terkejut melihat bungkusan air ikat tepi di Malaysia dan menaikkan satu gambar di Twitternya dengan kepsyen yang menunjukkan dia sangat teruja kerana itu kali pertama dia melihat air dibungkus ikat tepi dan Mike turut mendakwa yang bungkusan macam tu hanya boleh dilihat di sesetengah negara Amerika Latin sahaja.


Tetapi jika dilihat dari respon pembaca di Twitter Mike, Ohmedia terasa terhibur pula bila kebanyakan negara Asia berlumba-lumba untuk menunjukkan yang mereka juga ada bungkusan air sebegitu. Paling banyak memberikan respon adalah negara Malaysia dan pastinya Indonesia. Tapi mungkin kita tidak sedar, apabila kita mengakui bungkusan plastik ini, mungkin ada juga sesetengah pihak tidak menggemari, kerana penggunaan plastik memang tidak baik untuk alam sekitar.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/06/2019

0 comments:

Loading...