Gabungan FC Juarai Street Soccer 3 On 3


Oleh : Mustaqim Afandi
Photo : Jusmawari Jusoh

BESUT, 4 November - Gabungan FC muncul juara dalam Kejohanan Street Soccer 3 On 3 Tertutup DUN Kota Putera bawah 25 tahun.

Pasukan itu menumpaskan pasukan Gabungan FC ll dengan jaringan  3-2 di Dewan Terbuka Dataran Limbongan, Besut.

Kejohanan itu yang berlangsung selama sehari itu disertai 28 pasukan dari kawasan Besut.

Selaku juara, Gabungan FC berjaya pulang Piala YB Hj.Khuz, medal beserta wang tunai sebanyak RM300.


Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia  IMTIS Kota Putera, Suhaimi Mohd berkata, beliau mengucapkan terima kasih  kepada pemuda DUN Kota Putera yang banyak membantu dan bekerjasama dalam menjaya program ini.

Turut hadir bersama pegawai-pegawai Pusat Khidmat DUN Masyarakat Kota Putera.

"Insyaallah kejohanan ini akan dijadikan acara tahunan di Kota Putera kerana dilihat mendapat sambutan ramai," ujar Suhaimi Mohd ketika berucap dalam majlis penutup pada semalam.



Sumber: teganukita.net