Guru Sarat Mengandung Ditikam Suami, Kuatkan Diri Pandu Kereta Ke Hospital Demi Selamatkan Anak

Posted on Saturday, November 09, 2019 | 11/09/2019


Gambar sekadar hiasan

Bila kurangnya iman di hati, inilah yang terjadi. Kami di Ohmedia amat berasa terkejut dengan nasib yang menimpa seorang isteri yang sedang hamil ini apabila dilaporkan telah ditikam oleh suaminya sendiri.

Mangsa yang merupakan seorang guru dan sedang sarat mengandung ini telah ditikam di jari kirinya dan ada dua kesan hirisan di perut dan luka di belakang badan.

Kejadian yang berlaku di Putrajaya itu memaksa mangsa memandu sendiri ke Hospital Putrajaya dari rumahnya di Presint 9 walaupun dalam keadaan berdarah. Bimbang perutnya sakit selepas ditikam, guru itu segera dirujuk ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik dan dimaklumkan bayinya selamat dilahirkan menerusi pembedahan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, suami mangsa yang merupakan seorang jurutera telah berjaya ditangkap di rumahnya. Pihak polis menemui pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dan kini dibawa ke balai dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Nasib nampaknya menyebelahi guru ini apabila kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan selamat melahirkan bayi lelaki melalui proses pembedahan.

Sumber: Harian Metro 

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/09/2019

0 comments:

Loading...