JAIS Periksa Semua Premis Bubble Tea Di Selangor & Dapati Banyak Bahan Tiada Logo Halal

Posted on Thursday, November 28, 2019 | 11/28/2019



Isu ini sebenarnya memang sudah lama kita risaukan. Tapi ada juga individu yang cuba pertikaikan kenapa kedai minuman pun nak heboh mengenai logo halal. Mungkin mereka yang pertikaikan ini tidak mengetahui mengapa pentingnya loga halal ni kepada setiap jenis makanan mahupun minuman. Lagi-lagi bila syarikat itu dimiliki dan diuruskan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Haa, meh sini Ohmedia nak kongsikan yang baru-baru ini Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan bahawa terdapat banyak premis minuman bubble tea yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.

Penolong Ketua Pengarahnya, Wan Najmah Wan Mohamad Ali menyatakan bahawa semua bahan ini datang dari Taiwan dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang logo halal.

Memang tidak dinafikan premis mereka bersih, malah ada yang menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung. Apabila minuman ‘bubble tea’ itu viral, orang ramai berpusu-pusu (membeli) tanpa mengetahui status halal yang dimiliki. AIS mendapati ada antara pengusaha mengiklankan minuman mereka dengan perkataan ‘kami menggunakan bahan halal walaupun tidak mempunyai sijil halal. Tindakan pengusaha mempamerkan sijil halal luar negara pada premis masing-masing juga adalah salah kerana ia bukan sijil daripada Malaysia. Oleh itu, kami menggalakkan pelanggan untuk membuat aduan sekiranya berlaku hal sedemikian kerana penggunaan perkataan halal sewenang-wenangnya adalah salah. - Jelas Wan Najimah.

Haa, jadi lepas ni korang kena lebih berhati-hati dan ingatkanlah kawan korang tu supaya jangan cepat sangat ikut perkara trending. Lagi-lagi bila ia mengaitkan makanan yang masuk dalam tubuh badan kita.

Dekat sini, Wan Najimah turut kongsikan premis minuman bubble tea yang sah mempunyai logo halal tanpa diragui. Iaitu, Tealive dan CoolBlog. Legend ni boi!

Sumber: SelangorKini

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/28/2019

0 comments:

Loading...