"Kalau Paskal Saya Patah Tangan Tapi Untuk Wira Pula..." - Hairul Azreen


Sis suka betul tengok lakonan Hairul Azreen dalam filem Paskal tetapi korang dah tengok belum filem terbaru, Wira yang dia berlakon? Pergh! Mesti gempak kan?

Mana taknya, lakonan Hairul dalam filem aksi memang mantap gais sampaikan dalam filem Paskal, dia pernah patah tangan tau. Manakala dalam filem Wira pula lain insidennya. Terbaik lah! Sis salute dengan pengorbanan Hairul.

Sebelum ini saya pernah cedera dalam filem Paskal tetapi kecederaan ketika menjayakan filem Wira adalah paling teruk setakat ini. Kalau boleh saya tak mahu cedera, hari pertama latihan berlangsung itu yang saya doa. Kalau Paskal saya patah tangan tapi untuk Wira pula lain insidennya. Tetapi itulah benda kalau nak jadi, jadi juga. Susah nak elak perkara sebegitu sekiranya berlakon untuk filem aksi. Kena penumbuk, terkena letupan dan bengkak itu semua normal. Serik? Saya rasa tak sebab itu memang minat saya. Saya dah pilih jalan seperti ini. Kalau dulu saya melakonkan aksi lagak ngeri untuk pelakon lain sekarang rasa puas hati dapat buat untuk filem sendiri. Kalau tanya saya takut atau tidak, saya percaya kepada ‘stuntman’ yang ada terutamanya abang Yayan

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube




Sumber: Oh! Media