Pemandu Axia rempuh pemandu lori sampah, masuk hospital

Posted on Friday, November 15, 2019 | 11/15/2019



Pemandu wanita yang merempuh pemandu lori sampah dalam kemalangan di Jalan Anson pagi tadi telah dikesan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala. 

Wanita berusia 29 tahun itu berada dalam keadaan stabil dan polis telah mengambil keterangannya untuk membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kereta Perodua Axia yang digunakan itu adalah milik rakan wanita itu. 

"Wanita berkenaan mempunyai lesen memandu Vietnam. Bagaimanapun kita akan merujuk kepada JPJ mengenai status lesen berkenaan," katanya. 

Dalam kejadian awal pagi tadi, mangsa, Mukhtar Bahari, 62, yang sedang melakukan kerja pembersiihan di belakang lori dirempuh Axia tersebut menyebabkan mangsa tersepit di bawah kereta itu dan parah di bahagian kaki. 

Siasatan mendapati, lori terbabit diletakkan di bahu jalan dan kereta yang dipandu wanita itu datang dari arah Jalan Burma menuju ke Jalan Macalister. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (A)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Sinar Harian

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/15/2019

0 comments:

Loading...