Pengasuh mengaku berkasar, tetapi tidak berniat nak mendera bayi 6 bulan

Posted on Friday, November 15, 2019 | 11/15/2019



Susulan viral video bayi perempuan berusia enam bulan disyaki didera, polis telah menahan pengasuh terbabit di sebuah rumah di Tanjong Tokong Lama, Georgetown. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pengasuh berusia 34 tahun itu ditahan dan mengakui dirinya adalah individu di dalam video viral itu. 

Ketika disiasat, suspek memaklumkan dia memang agak kasar dengan mangsa tetapi tidak mempunyai niat untuk mendera atau mencederakan bayi berkenaan. Malah dia tidak ingat bila kejadian itu berlaku. 

"Polis turut mengambil keternagan ibu bayi berkenaan yang memberitahu anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan setiap kali diambil dari rumah pengasuh. 

"Ibu bayi itu mengatakan anaknya berada dalam keadaan sihat dan tiada kesan lebam ditemui pada badannya," katanya. 

Bayi itu juga dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan, tetapi doktor tidak menemui sebarang kesan didera atau dipukul. 

Walaupun begitu, siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 31(1)a Akta Kanak-Kanak 2001. 

Terdahulu, seorang wanita membuat laporan polis selepas menerima video kejadian itu yang diterima daripada rakannya yang juga merupakan penduduk di kawasan kampung itu. 

Pengadu menjelaskan dia tidak mengenali ibu bapa bayi berkenaan dan video itu dihantar oleh rakannya dan tidak mahu menghantar anak ketiganya ke pengasuh terbabit kerana bimbang dianiaya oleh pengasuh itu. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/15/2019

0 comments:

Loading...