Peniaga burger ditikam, suspek cuba rembat wang mangsa

Posted on Friday, November 15, 2019 | 11/15/2019



Seorang lelaki ditahan kerana menikam dada peniaga burger dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam di Jalan Tunku Asaad, Kulim, semalam. 

Peniaga burger yang berusia 32 tahun itu didatangi suspek berusia 34 tahun yang cuba mengambil wang tunai di dalam sebuah bekas di atas meja gerai, namun dihalang oleh mangsa.

Bengang dirinya dihalang, suspek mengambil sebilah pisau pemotong sayur di meja dan terus menikam bahagian tengah dada mangsa. 

Orang awam yang melihat kejadian itu segera menahan suspek dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Mangsa pula dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil. 




Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, suspek dipercayai mempunyai masalah mental selain mempunyai satu rekod jenayah lampau yang membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/15/2019

0 comments:

Loading...