Penunggang motosikal terbabas, tercampak ke tiang lampu menyebabkan badannya terputus dua

Posted on Saturday, November 30, 2019 | 11/30/2019



Seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan di jalan bertingkat di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala ke Batu Maung, petang semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu, mangsa berusia 31 tahun menunggang motosikal bersendirian dan dilaporkan terbabas ke sebelah kanan jalan dan terpelanting ke tembok pemisah jalan menyebabkan badannya terputus dua. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, "Mangsa tercampak dari motosikalnya lalu terkena tiang lampu di tembok pemisah jalan sehingga menyebabkan badannya terbelah dua. 

"Dia yang datang dari arah Georgetown dalam perjalanan ke Balik Pulau meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/30/2019

0 comments:

Loading...