Simulasi Praktikal Hadapi Cabaran Banjir


Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 21 November - Simulasi banjir secara amali yang mencabar diadakan di dalam air Empangan Paya Peda bagi melatih kesiapsiagaan sebenar Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Hulu Besut untuk hadapi banjir musim tengkujuh ini.

Pegawai Penyelarasnya, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, ia adalah salah satu cara persediaan untuk hadapi bencana tersebut.


"Program latihan persiapan banjir bersama Angkatan Pertahanan Awam(APM) perlulah diambil perhatian dengan bersungguh-sungguh oleh MPKK kerana mereka merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang menyelamat.

 "Biarpun sesetengah kita tahu berenang tetapi denga adanya latihan sebegini dapat lagi memantapkan kemahiran dan menguatkan fizikal serta mental apabila berhadapan sesuatu bencana," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut di sini, semalam.

Turut sama ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan MPKK DUN Hulu Besut.


Sementara itu, pihak Jabatan JKM juga menerangkan peranan yang perlu dilakukan oleh MPKK apabila berlakunya banjir  dengan teratur dan terurus.





Sumber: teganukita.net