Ainul Aishah Mengaku Tak Laku Kurang Tawaran Sebab Dah Tua?

Posted on Monday, January 13, 2020 | 1/13/2020



Siapa je tak kenal pelakon jelita yang bernama Ainul Aishah sering menampilkan imej seksinya di media sosial kan? Menurut laporan mStar, Ainul menerima hakikat bahawa dia mendapat kurang tawaran dalam industri disebabkan umurnya meningkat yang kini mencecah 35 tahun gais.

Ainul juga mengatakan dia agak susah untuk mendapatkan tawaran berlakon sebab makin banyak persaingan terutamanya pelakon muda dan baru. Nak buat macam mana? Hmm lumrah dalam industri.

Saya akui sudah agak lama juga saya menyepi tapi sebenarnya ada saja tawaran berlakon diberikan kepada saya cuma tak banyak. Tak dinafikan tawaran berlakon itu juga agak susah nak dapat kerana apabila kita semakin berumur, persaingan semakin banyak terutama bila ramai pelakon muda yang ada sekarang. Ia lumrah dalam industri. Saya kira itu hakikat perlu diterima semua pelakon. Sekarang pun saya lebih memilih karakter yang saya nak bawa dan saya rasa berbaloi untuk saya lakonkan. Cuma lakonan itu saya takkan pernah tinggalkan dan kalau ada tawaran baik saya sentiasa terbuka untuk menerimanya. Kalau tak ada (tawaran berlakon), saya tak pernah terfikir untuk berebut dengan mana-mana pelakon lain pun. Saya anggap bisnes adalah untuk masa depan dan berlakon adalah minat. Sekarang pun saya lebih fokus terhadap bisnes biskut.

Tak apalah, Ainul fokus je dengan bisnes biskut tu. Apapun, Ohmedia doakan agar Ainul Aishah terus maju jaya dalam perniagaan dan dimurahkan rezeki selalu. InshaAllah, Amin.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/13/2020

0 comments:

Loading...