Budak 5 tahun parah ditikam penagih dadah di Sungai Petani

Posted on Monday, January 13, 2020 | 1/13/2020



Seorang kanak-kanak perempuan parah ditikam jirannya yang menceroboh masuk ke kediaman mangsa melalui pintu dapur yang tidak berkunci. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang Ahad 12 Januari 2020 di Kampung Keda Che Bema, Sungai Petani, mangsa berusia lima tahun ketika itu sedang berbaring di ruang tamu.

Suspek yang berusia 27 tahun menceroboh lalu menikam bahagian perut sebelah kiri mangsa menggunakan sebilah pisau menyebabkan ibu dan kakak mangsa yang berada di ruang tamu menjerit. 

Suspek segera melarikan diri ke rumahnya yang terletak 50 meter dari rumah mangsa. 

Menurut laporan Harian Metro, luka tikaman pada mangsa adalah sedalam empat sentimeter. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim.

Susulan kejadian itu, suspek berjaya ditahan polis dan turut merampas senjata yang digunakannya dalam kejadian itu. 

Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah. Selain itu, suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes pecah rumah. 

Sementara itu, ibu mangsa mendakwa suspek dilihat mengamuk pada malam sebelumnya kerana berada di bawah pengaruh dadah. 

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 1/13/2020

0 comments:

Loading...