Kuala Besut Johan Kumpulan Setelah Membelasah Hulu Besut


Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 30 Januari - Kuala Besut muncul Johan Kumpulan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Besut setelah membelasah Hulu Besut dengan 10 jaringan tanpa berbalas.

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri berkata, perlawanan itu telah memasuki hari ke lima tetapi pasukan Kuala Besut telah pun layak untuk beraksi di peringkat separuh akhir setelah menang ketiga-tiga perlawanan.

“Kedua-dua pasukan Kuala Besut muncul sebagai satu pasukan yang menang kesemua perlawanan dan layak untuk beraksi diperingkat seterusnya.

"Hari ini merupakan satu sejarah buat Kuala Besut B setelah menjaringkan 10 gol mengatasi lawan dan menjuarai Kumpulan A," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perlawanan antara Kuala Besut B dan Hulu Besut A di Padang Bola Astaka Gong Kemuntong, Jerteh pada hari Rabu, 29Januari.

Menurutnya, beliau berharap agar para pemain sentiasa mengamalkan semangat kesukanan dan disiplin yang baik sepanjang perlawanan.

"Setakat hari ini sebanyak 44 jaringan telah dihasilkan oleh semua pasukan dengan Muhamad Supian dari Pasukan Kuala Besut B muncul sebagai penjaring terbanyak.

“Perlawanan sebegini akan terus diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama belia agar terhindar daripada melakukan aktiviti yang kurang baik," tambah beliau.













Sumber: teganukita.net