Undang-Undang Pemandu Mabuk Sedia Ada Perlu Lebih Berat - PDRM

Posted on Tuesday, January 28, 2020 | 1/28/2020



Makin menjadi-jadi pula kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk ni, mungkin sudah semakin ramai yang geram dan merakamkan semua kejadian yang melibatkan pemandu mabuk. Ini adalah perkembangan yang baik kerana kita tidak boleh bagi muka lagi dekat mereka yang hanya pentingkan diri yang akhirnya meyebabkan kematian orang tak bersalah.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias turut mencadangkan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Perbincangan dari sudut perundangan akan dibuat dan saya percaya masyarakat juga mengalu-alukan perkara ini. - Katanya.

Jika dilihat dari undang-undang sedia ada, pemandu dalam keadaan mabuk hanya dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang hanya didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi mereka yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian orang awam pula, boleh dikenakan hukuman maksimum RM10,000 dan penjara tidak lebih 12 bulan.

Dari sini, kita boleh betapa lemahnya hukuman ini jika dikenakan terhadap si pemabuk yang boleh membahayakan orang awam. Diharapkan ada perubahan yang akan dilakukan.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/28/2020

0 comments:

Loading...