(Video) Mata anjing digam agar tidak dapat mengekori ownernya pulang setelah dibuang di pembetungan


Seekor anjing ditemui dibuang di kawasan pembetungan di Colombia dengan matanya digam agar tidak dapat mengekori pemiliknya pulang ke rumah. 

Anjing malang itu diselamatkan oleh penduduk tempatan yang kemudian membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. 

Anjing itu juga mengalami jangkitan di bahagian mata kerana cuba menanggalkan kesan gam itu, namun doktor veterinar telah memberinya ubat antibiotik. 

Doktor terpaksa mengambil masa selama tiga hari untuk menanggalkan kesan gam itu dan mungkin akan mengambil masa selama empat bulan bagi proses pemulihan sepenuhnya. 

Carlos, individu yang menyelamatkan haiwan itu bersetuju untuk membelanya sejurus selepas anjing betina itu selesai menjalani rawatan. 


Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my