(Video) Netizen Terhibur Apabila Melihat Dua Lelaki Menaiki Motor Masuk Laluan Touch N Go


Biasanya kalau kita tengok orang yang menaiki motor, mestilah ada laluan khas bila di atas lebuhraya tanpa dibayar kan? Tetapi video yang dimuatnaik oleh @asriirazali kali ini memang menghiburkan hati betul apabila melihat gelagat dua lelaki ni.

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, ada dua orang lelaki yang menaiki motor memasuki laluan Touch N Go. Ohmedia tak tahulah diorang ni saja ikut situ sebab nak habiskan Touch N Go ataupun diorang ni memang tak pernah lalu lebuhraya. Haha!


Menurut posting @asriirazali, beliau berkata bahawa kemungkinan dua orang ni tak tahu nak beli apa selepas menebus e-Wallet sebab kena habiskan sebelum 14 March 2020. Alahai, kan boleh buat banyak benda seperti beli air Tealive, Starbucks dan tengok wayang.

Rata-rata netizen turut rasa terhibur apabila melihat tweet yang telah mendapat 4.2k retweets dan 2.4k likes tu. Haa korang pernah tak buat macam diorang berdua dekat atas lebuhraya ataupun drive thru naik motor? Cuba share sikit pengalaman korang yang pelik-pelik tu.

Sumber: @asriirazali

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Sumber: Oh! Media