(Video) Seorang Bayi "Terpaksa" Dilahirkan Kerana Kemerosotan Kesihatan Ibu Akibat Koronavirus!


Kerana ibu terjangkiti wabak koronavirus, seorang bayi didalam kandungan terpaksa melalui detik sukar kerana bayi berkenaan terpaksa dilahirkan. Cerita dilaporkan berlaku kelmarin di Wuhan, China dimana ia membabitkan seorang wanita berusia 27 tahun. Menurut info, pembedahan bagi mengeluarkan bayi  berkenaan terpaksa dilakukan kerana kesihatan wanita berkenaan yang semakin merosot.

Menurut Timbalan Penagarah Jabatan Ostetrik dan Ginekologi Wuhan Union Hospital, wanita berkenaan tidak mendapat rawatan sempurna ketika masih didalam kandungan. Tambahnya, pembedahan berkenaan berisiko tinggi kerana wanita berkenaan sedang demam dan mengalami batuk berterusan. Pendapat Ohmedia, pembedahan ini terpaksa dilakukan bagi menjamin kesihatan dan keselamatan bayi berkenaan.



Dari apa yang Ohmedia tahu, pembedahan yang dijalankan memaksa pasukan bedah hospital berkenaan memakai dua lapis sut perlindungan, penutup mulut dan gogal selama pembedahan berkenaan berjalan selama satu jam. Pasukan bedah berkenaan mendakwa mereka berpeluh dengan banyak dan sukar untuk melihat dah mendengar ketika pembedahan sedang dijalankan.

Walaupun pembedahan dijalankan dengan peruh risiko, namun bayi berkenaan selamat dilahirkan dengan berat sebanyak 3.1 kilogram. Dipetik dari Harian Metro bayi berkenaan segera dihantar pulang setelah dilahirkan bagi mengelakkan bayi berkenaan terkena jangkitan wabak koronavirus. Ibu kepada bayi berkenaan berharap agar bayinya sihat dan selamat.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media